Monday, December 24, 2012

Analisis Harga Emas - Potensi Kenaikan

Baru-baru ini sebaik sahaja pengumuman mengenai pelaksanaan Quantitative Easing untuk kali yang ketiga (QE 3), Para pelabur di pasaran Wall Street dilaporkan bertindak menjual pegangan saham mereka kerana tindakan itu menyebabkan Wang Dollar ditambah cetak sekaligus bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi atau penyusutan kuasa beli sebarang transaksi yang menggunakan matawang USD.

Kenaikan kadar inflasi bermakna akan berlakunya kenaikan harga barangan, sekaligus akan menyebabkan berlakunya kelembapan sistem ekonomi kerana pengguna akan berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan mereka.

Lalu Pelaburan dalam saham agak kurang menguntungkan kerana perniagaan syarikat yang disenaraikan dalam bursa akan menerima kesan buruk dari tindakan pengguna yang mengurangkan perbelanjaan tadi.

Disebabkan kuasa beli dollar semakin menyusut, para pengguna tidak mahu membuat simpanan dalam bentuk tunai, dan mereka memilih simpanan dalam bentuk aset yang mudah cair iaitu “Precious Metal” dan pilihan utama mereka adalah Emas dan Perak.

Situasi ini akan menyebabkan kenaikan permintaan keatas kedua-dua komoditi ini dan ianya telah dijangka oleh para pelabur yang melepaskan atau menjual belian saham mereka sebelum ini, lalu para pelabur ini akan segera membuat pelaburan baru dalam sektor pelaburan komoditi iaitu Emas dan Perak tetapi dalam bentuk ETF atau Exchange Traded Fund (paper and silver gold).

Perubahan tindakan ini telah menyebabkan lonjakan harga emas dan perak secara mendadak dan dijangka berterusan sehingga tahun 2015 kerana QE3 akan berlangsung spanjang tempoh ini.
 
Perhatikan Impak Quantitative Easing 1, 2 dan impak awal QE3 kepada harga Emas.
 
Dan seperti yang kita sedia maklum, corak pergerakan harga emas pada tahun ini adalah menyamai corak pergerakannya pada tahun 2008 disebabkan situasi krisis ekonomi yang melanda pada ketika itu dan juga tindakan Federal Reserve menanganinya melalui Program QE 1 dan QE 2.




Perhatikan dibawah ini, Hampir serupa dengan corak pergerakan harga yang diatasnya kan? jadi jika mengambilkira posisi harga Emas sekarang yang menyamai posisi harganya pada hujung tahun 2008, adakah paras harga sekarang sudah cukup tinggi? Mungkin anda perlu mempertimbangkannya semula kerana pada saya harganya amat berpotensi untuk lebih tinggi lagi pada tahun 2015 nanti, iaitu 3 tahun dari sekarang sama sebagaimana kenaikannya bermula pada tahun 2009 hingga 2011 iaitu sama seperti graf harga yang diatasnya juga.

Analisis Teknikal

Sepanjang 3 tahun bermula dari QE 1 dijalankan sehingga berakhirnya QE 2, harga emas telah melonjak naik sekitar 180%, dan sekiranya peratus kenaikan yang sama berlaku kepada harga emas ketika ini iaitu selepas ia berjaya melepasi paras harga tertingginya sekitar $1925/oz, maka destinasi harga emas seterusnya adalah sekitar $5,000/oz dan angka tersebut sememangnya angka yang sering disebut-sebut oleh pakar ekonomi di seluruh dunia dan ternyata ia sangat realistik.

Mengapa saya begitu optimis dengan potensi kenaikan yang berterusan bagi tempoh selama 3 tahun yang akan datang?

Diantara sebab utama adalah kerana Program QE 3 akan berjalan sepanjang tempoh tersebut, dan seperti yang kita perhatikan kesan dari QE 1 dan QE 2, harga emas terus naik dan naik selama tempoh program itu dijalankan.

Dan yang dibawah ini adalah Trend pergerakan yang akan dilalui oleh harga Emas sepanjang tempoh 3 tahun ini, dan paras harga yang paling hampir untuk dicapai adalah sekitar $2200-$2300/oz sekurang-kurangnya menjelang pertengahan tahun 2013.

Semoga anda tidak lagi mengabaikan peluang berpotensi ini sepertimana peluang-peluang yang saya kongsikan sebelum ini ya..!

Saya adalah seorang Pelabur Emas dan Perak fizikal sepenuh masa sejak 3 tahun yang lalu, dan bidang ini adalah skop kepakaran saya dimana saya sendiri memberikan tumpuan sepenuhnya setiap masa, jadi penelitian saya mengenai risiko dan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding pelabur yang menjadikan pelaburannya sebagai sumber sampingan dan bukan profession utamanya.

Secara mudahnya, Analisis Fundamental berperanan memberikan gambaran mengenai andaian situasi ekonomi semasa pada masa hadapan berdasarkan data dan dasar ekonomi semasa, ia sekaligus membantu untuk memberikan jangkaan mengenai halatuju pergerakan harga Emas pada masa yang akan datang dalam tempoh waktu yang lebih panjang.

Manakala Analisis Teknikal pula untuk membantu anda menjangka paras-paras harga yang berpotensi dicapai hasil analisa Fundamental sebelumnya, sebagai contoh jika Analisis Fundamental memberikan gambaran positif mengenai kenaikan harga emas, Analisis Teknikal pula berperanan menentukan kenaikan yang dijangkakan itu sehingga ke paras harga berapa? jika ia turun seketika sehingga ke paras harga berapa? dan yang seumpamanya. Justeru, Analisis Teknikal memerlukan kepada data prestasi lampau pergerakan harganya yang akan digunakan sebagai paras-paras harga Sokongan (Support) dan Rintangan (Resistance).
 
Kesimpulannya,
 
Analisis Fundamental Harga Emas -
Mendorong berlakunya peningkatan “Demand” sekaligus menyokong kenaikan harga – POSITIF
 
Analisis Teknikal Harga Emas -
Menunjukkan Trend pergerakan menaik dan selaras dengan jangkaan Analisis Fundamental – POSITIF
Bermakna, tiada sebarang faktor yang menghalang untuk harga emas terus naik, naik dan naik, bermakna, pada kebanyakan masa anda akan sering melihat kekerapan pergerakan harga emas menaik, berbanding pergerakannya menurun. Jadi apakah langkah yang perlu anda lakukan seterusnya?


Source:  http://kiniemas.blogspot.com

Tuesday, November 6, 2012

Public Gold sah - Dapat Kelulusan BNM



Public Gold telah pun terkeluar dari senarai alert BNM pd 31/10/2012 yg lalu. So, tak perlu la susah hati @pun risau. Sesiapa yg membuat pelaburan emas Public Gold boleh la truskn.


source: http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com

Thursday, November 1, 2012

Tidak Rasmi : Public Gold bersih dari alert List BNM

salam, ni info inofficial saya dapat dari fb....

 

 

sumber tidak rasmi public gold bersih dari list bank negara ini saya perolehi dari facebook. jadi kita tunggu laporan rasmi dari BNM sendiri nanti.

source : http://www.shahdinar.com

Monday, September 3, 2012

Risiko Pelaburan Emas Fizikal ?

Risiko Syarikat Pengeluar Lingkup?
Jawapan paling mudah yang saya rasa semua orang boleh jawab iaitu apakah risiko pembeli barang kemas kalau pekedai emas tutup kedai? Pastinya TAK ADA RISIKO sebab emas tu ada ditangan kita.
‘Invest’ dalam emas fizikal ni kita tak perlu risau. Macam beli barang kemas di kedai emas jer. Kita tak perlu risau samada kedai pengeluar tu lingkup ataupun maju sebab yang paling penting, kita pegang emas FIZIKAL. Emas ada ditangan kita. Nilai kekayaan kita bukan lagi terletak pada kedai tu, tapi terletak pada nilai berat dan ketulenan emas itu sendiri. Cuma kalau kedai tu masih wujud dan kukuh, kita akan dapat LEBIH MANFAAT. Mungkin boleh jual balik atau trade in emas tu dengan harga yang lebih tinggi berbanding trade-in di kedai lain.




Lebih Untung Jual Pada Pengeluar
Keduanya, emas ni senang dijual. Kalau syarikat pengeluar lingkup sekalipun, kita boleh jual kat KEDAI EMAS jer, pada bila-bila masa, di mana sahaja seluruh dunia. Cuma, tempat terbaik menjual balik emas ialah tempat di mana kita beli. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold sebab kita boleh dapat harga yang lebih baik berbanding jual kat tempat lain. Kalau jual pada Public Gold, dia akan susutnya lebih kurang 4% - 8%. Kalau jual emas Public Gold kat kedai emas, susut nilainya 25%.
Kalau beli barang kemas pun macam tu. Kalau beli emas Habib Jewel, kena jual di Habib Jewel sebab susut nilainya mungkin sekitar 15%. Kalau jual emas Habib Jewal pada Poh Kong, susut nilainya mungkin 25%. Tapi yang penting, emas tetap bernilai. Kalau simpan untuk jangka panjang, kita tak akan rugi sebab kenaikan harga lebih 20% setahun tu dah boleh lepas ‘kos’ susut nilai yang dikenakan oleh pekedai emas.
Risiko Syarikat Tak Mampu Beli Balik?
Soalan bonus,  kalau SEMUA PELANGGAN nak jual balik emas kepada Public Gold, mampu ke Public Gold atau syarikat pengeluar lain beli balik kesemua emas tu?
Secara realitinya, kalau pelanggan nak jual balik emas, dealer yang akan ‘berebut-rebut’ beli dulu! Saya yakin mesti dealer berebut-rebut beli kalau ada pelanggan nak jual balik emas sebab mereka dapat beli pada harga diskaun 4% - 8% dan jual balik pada customer mengikut market price 100%! Setakat ni, bila ada customer saya nak jual emas, memang tak sempat sampai ke Public Gold, saya akan beli dulu... (“,)
Kalau tak ada duit sekalipun, saya akan tetap beli dengan cara memajak emas sedia ada untuk dapatkan tunai untuk beli pada harga diskaun dari customer. Dalam worst case senario, saya akan memanfaatkan network antara dealer untuk beli balik emas tersebut.
So, bagi saya situasi dimana SEMUA PELANGGAN jual balik emas tu samalah dengan situasi bank di mana semua penyimpan keluarkan semua duit tunai dari bank dan tak berbaki walaupun satu sen di bank. Ianya sangat MUSTAHIL.
 
 

dinar emas skudai

Tuesday, August 14, 2012

Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin ?

Bila dah musim cuti sekolah bermula, maka bermulalah musim orang kahwin. Bila dah tiba musim kahwin, emas mejadi pilihan sebagai barang hantaran / mas kahwin. Boleh dikatakan setiap insan bergelar  perempuan akan membeli emas menggunakan duit hantaran.

Dinar Isteri

Apa kata bagi mereka yang ingin berkahwin , tukar duit hantaran / mas kahwin dari bentuk wang kertas ke bentuk jongkong emas / dinar emas. Mesti seronok punya, kalau mak mertua / bapak mertua tengok “ada gaya :) “.Kalau nak best lagi masa kad nikah tu ” jangan sebut ringgit malaysia tapi sebut dinar”.



Dinar Emas Skudai

Monday, August 13, 2012

Tips Elak Penipuan Jual Beli Emas ?

Untuk elakkan sahabat semua kena tipu masa membeli emas, saya bagi 5 tips penting:

Tips #1 - Semak Kredibiliti Penjual

Semak profile penjual, cek berapa ramai friend, aktif ataupun tak dalam facebook, guna nama & foto sebenar ataupun samaran. Kalau tiba-tiba muncul dalam facebook dan nak menjual, itu kena hati-hati. Kalau anda tak aktif berfacebook, sure anda tak akan kenal siapa orang baru, siapa orang lama dalam facebook. So, baik jangan berurusniaga melalui facebook kalau macam tu.

Tips #2 - Urusniaga Cara COD Sahaja

Elakkan membeli secara pos kalau tak kenal kredibiliti penjual. Sebaik-baiknya, gunakan kaedah Cash on Delivery (COD). Dia hulur emas, anda hulur duit! Saya memang tak berani beli emas cara pos ni unless saya betul-betul kenal penjual tu secara peribadi. Kalau nak cara pos juga, anda kena bersedia untuk rugi kalau penjual tu tak pos emas yang dijanjikan.

Mungkin penjual tu tak tipu, tapi mana tahu lepas anda bank-in duit, penjual tu terlibat dalam kemalangan dan tak siapa tahu anda ada berurusniaga dengan dia. Sebagai dealer yang sedikit berpengalaman, bila customer transfer duit ke akaun saya, saya akan asingkan emas tu dan letak note dalam plastik seal emas tu. Saya akan tulis nama pembeli, no. contact pembeli, dah bayar ke belum, tarikh urusniaga dsb. Setiap urusniaga melalui email, saya akan "bcc" kepada email isteri saya. Ini penting supaya kalau saya mati, waris saya tahu emas tu bukan milik saya dan dia boleh contact pemilik untuk claim emas tu.

Tips #3 - Berjumpa Di Tempat Public

Buat appointment di mana-mana tempat public dan jangan sesekali buat appointment di tempat yang tak ramai orang ataupun tersorok. Saya paling suka berjumpa di bank sebab (1) ada CCTV, dan (2) boleh transfer duit melalui ATM jer, minimumkan bawa duit cash.

Tips #4 - Cek Keadaan Emas

Pastikan tiada kesan calar, kemek, bengkok, ada sijil atau resit (kalau emas tu perlukan resit & sijil). Kalau emas Lady Fortuna, KFH, dan emas lain yang condition asalnya berseal, pastikan sealnya masih belum dibuka. Kalau dah buka, lupakan emas tu sebab susut nilainya akan tinggi, melainkan dia bagi diskaun 25%!

Nasihat saya, kalau anda first time beli emas, baik jangan beli melalui facebook sebab anda tak pernah tengok macam mana keadaan, bentuk dan saiz emas yang tulen. Silap hari bulan, orang bagi emas palsu pun anda tak tahu! (“,)

Tips #5 - Semak Harga Semasa

Pastikan harga tu bebaloi dibeli berbanding harga semasa, tapi kalau harga terlalu rendah, hati-hati! Mungkin itu penipuan, ataupun condition emas tu dah tak elok. Saya pernah nak beli emas harga yang sangat murah, tapi bila berjumpa dengan owner tu, saya tengok condition emas tu tak elok. Dah calar, ada kesan gigit, dan berat pun dah kurang 0.03 gram! So, saya cancel jer. Nasib baik saya guna cara COD, kalau bayar dulu baru dia POS macam mana? Huh hu…



Dinar Emas Skudai



Friday, August 10, 2012

Bar Emas Vs Dinar Emas Vs Barang Kemas ?

Sejak semakin ramai yang celik emas,semakin ramai orang yang mula menyimpan emas secara konsisten. Maka saya jugak menerima banyak juga soalan-soalan tentang emas ini. Antaranya saya dapati, ramai yang tak tahu membuat pilihan. Nak simpan apa?

Gold bar kah? Dinar kah? barang kemaskah.. Yang mana satu..

Maka soal saya kembali. Tujuannya apa?
Kalau simpanan emas itu untuk menggantikan simpanan wang kertas, ini dikira sebagai simpanan jangka masa panjang, maka gold bar lah yang paling sesuai. Jika bajet kecil, boleh mulakan dengan dinar emas. Gold bar adalah emas 999 dan 999.9 di mana ketulenannnya adalah 24k atau dipanggil emas sepuluh.

Dinar yang ada di pasaran boleh dijadikan sebagai simpanan dan juga pelaburan. Kebanyakan Dinar emas adalah 916.

Barang Kemas? Barang kemas bukanlah simpanan emas yang terbaik,kerana  mengalami susut nilai yang tinggi.Kecuali anda menyimpan/memakainya lebih lama. Untuk mengelakkan anda rugi, elakkan:

1.Trade in
2.Jual barang kemas kerana ia akan dibeli dengan harga emas terpakai

Juallah bila hanya terdesak, dan simpanlah walaupun barang kemas tersebut telah rosak kerana ia tetap emas dan boleh diwariskan kepada anak-anak anda. Sebagai contoh, 2 gelang tangang yang saya belikan untuk anak perempuan saya telah bengkok,saya tetap menyimpannya untuk diberikan kepada beliau bila dewasa nanti.Sebaliknya saya berhajat untuk belikan yang baru untuknya. Dengan cara ini,simpanan emas bertambah. Pilihan lain untuk yang ingin bergaya sambil menyimpan emas,adalah produk i -series di mana spreadnya hanyalah 10% sahaja.



Dinar Emas Skudai 

Dinar Emas Vs Barang Kemas ?

DINAR EMAS sebagai ASET.
Dgn rm769 anda boleh memiliki 1 dinar - jika beli barang kemas mungkin dapat sebentuk cincin shj. Harga barang kemas adalah lebih tinggi berbanding dinar walaupun mempunyai ketulenan emas yang sama iaitu 916, TETAPI mpunyai nilai susut yg tinggi iaitu 20-25%.

Simpan lah DINAR EMAS sbg simpanan. Jika perlukan cash just gadai/jual- susut nilai hanya 5-6% atau di pajak dgn kadar 70% dr nilai mahrum. Setahun beli 2 ketul dinar (lebih kurang simpan RM150/sbln) .kalau 5 thn? 10 thn? 20 thn ?

Long term investment. It's for the future. Invest dari sekrang. Masih belum terlewat. Insyaallah, harga emas akan meningkat.Lagi2 sekarang ni harga emas sedang rendah.



source: http://goldgarden2u.blogspot.com

 
Dinar Emas Skudai





Thursday, August 9, 2012

Emas dan Perak ?


SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -
 
Dinar Emas Skudai 
 
 

Wednesday, August 8, 2012

Emas 916 Vs Emas 999.9 ?


Kadang-kadang ada yang bertanya, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli?  Ketahuilah emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam-macam lagi. Emas terbaik jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.

Apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan? Ada banyak pendapat mengatakan goldbar, dinar dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pelbagai pendapat kami kumpulkan untuk penelitian pembaca tetapi ramai yang memilih antara emas 999.9 dan juga emas 916, ini kerana:


Emas 916
  1. Sesuai untuk pelaburan dan juga perhiasan dengan kepelbagaian rekabentuk yang       menarik.
  2. Upah yang berpatutan dikenakan bagi setiap barangan mengikut rekabentuk.
  3. Mudah dijual semula.
  4. Mudah dipajak di mana-mana pajak gadai atau al Rahnu. Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu.
  5. Memerlukan modal yang sedikit rendah dan berbaloi.
  6. Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan.
  7. Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat berbanding emas perhiasan 'padat'.
  8. Zakat perlu dibayar apabila cukup haul.

Emas 999.9
  1. Sesuai untuk pelaburan dan juga perhiasan (emas jongkong untuk pelaburan semata-mata) dengan kepelbagaian rekebantuk yang terhad.
  2. Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat.
  3. Mudah dijual semula.
  4. Mudah dipajak gadai di mana-mana bank dan pusat gadaian.Menerima pajakan emas pelaburan (kecuali Gold Bar sahaja).
  5. Memerlukan modal yang agak tinggi tetapi berbaloi.
  6. Cantik dan dibawa ke mana-mana dan sesuai digayakan sebagai perhiasan kecuali emas jongkong.
  7. Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat.
  8. Zakat perlu dibayar apabila cukup haul.



 Dinar Emas Skudai


Tuesday, August 7, 2012

1 Dirham Kelantan (KGT) dijual disini


Kami menjual 1 Dirham Kelantan (KGT) dengan harga RM 25.00 sekeping. Sempena Hari Raya ini, anda boleh menggunakan Dirham sebagai alternatif menggantikan Duit Raya.

Berminat? Boleh menghubungi saya, Hud di no. 0137025675 atau email ke mudbear7@gmail.com. COD dan pos laju pun boleh. wasalam.


Turun Naik Harga Emas ?

Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia, antaranya ialah:

1. Harga Pasaran Dollar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia.
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar di dunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi. Sementara India pula merupakan pembeli emas terbesar di dunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin pesat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan Bank-bank Pusat di setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong.
Hampir semua pengeluar emas utama di dunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar di dunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas di dalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari hari ke hari.

Semua di atas antara lima faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Pelaburan emas adalah simpanan, dengan anda membeli emas, bermaksud anda membeli untuk menyimpan bagi satu tempoh masa dan jual apabila harga emas naik. 



Dinar Emas Skudai

Monday, August 6, 2012

Dirham Kelantan Sebagai Pelaburan ?

PERAK SEBAGAI ALTERNATIF PELABURAN. Saya melabur perak dalam bentuk Dirham Kelantan. Ada beberapa pertimbangan yang menyebabkan saya berpandangan seperti itu. Di antaranya ialah:
  • Dirham Kelantan adalah dibuat oleh WIM (World Islamic Mint) di Dubai dengan menggunakan standard yang ditentukan oleh Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A. dan memiliki kualiti yang sangat baik serta reka bentuk yang sangat cantik.
  • Dirham Kelantan dijual dengan harga yang murah dan mampu milik. Harga dirham pada hari ini hanya RM 25. Tentu Anda sekarang memiliki RM 25 yang boleh ditukar dengan dirham. Bahkan beberapa orang pelajar tingkatan 1 di tempat saya berkhidmat sudahpun menukar sebahagian simpanan wang fiat mereka dengan dirham. Saya sendiri mula membeli Dirham Kelantan sebanyak 5 x 2 dirham. Ketika itu harganya masih RM 20/dirham.
  • Sangat liquid (mudah digunakan) berbanding dirham lain mahupun jenis produk perak yang lain. Kita boleh menjualnya dengan mudah (mungkin sebab harganya yang murah) dan juga boleh terus menggunakannya untuk tujuan muamalat. Pengalaman saya pada hujung minggu lepas (2/4), saya telah membeli sebanyak 235 dirham. Pada hari ini (7/4), simpanan dirham saya tinggal sedikit. Sebahagian besar dirham tersebut telah dibeli oleh ahli keluarga, kawan-kawan dan pelajar-pelajar saya. Sebahagian lainnya saya gunakan untuk tujuan muamalat. Semalam (6/4) saya baru sahaja menempah 200 dirham lagi. :)
  • Tiada spread (perbezaan antara harga beli dan jual kembali). Kelebihannya, kita boleh menjualnya dengan mudah mengikut harga WIM yang dikemaskini setiap hari sekali.
  • Kenaikan harga yang cepat mengikut harga pasaran perak dunia. Mari kita fikirkan bersama. Ketika mula-mula dilancarkan pada bulan Ramadhan 1431 H bersamaan bulan Ogos 2010, harga Dirham Kelantan adalah RM 13. Sekarang, harganya adalah RM 25. Jika melabur wang fiat dalam bentuk atau tempat yang lain, perlu waktu bertahun-tahun untuk mendapatkan keuntungan sebanyak 100%.
Walau bagaimanapun Dirham Kelantan bukanlah pelaburan perak yang terbaik. Jadi saya peribadi berpandangan kalau ada wang kurang dari RM 1k, Dirham Kelantan boleh menjadi pilihan alternatif. Tapi kalau ada wang lebih dari RM 1k, belilah jongkong perak. Saya sendiri memilih jongkong perak Public Gold 250 gram. Dan kalau ada wang lebih dari RM 4k, belilah jongkong perak Pamp Suisse 1kg.
 
 


Dinar Emas Skudai
 
 
 

Sunday, August 5, 2012

Akaun Perak Maybank ?

Pelaburan baru ini adalah pelaburan jual beli silver di dalam buku akaun. Memang agak pelik tapi Maybank telah melancarkan produk pelaburan yang dinamakan Maybank Silver Investment Account (MSIA). Produk ini adalah lebih kurang sama dengan Maybank Gold Investment Account (MGIA) tapi ia berteraskan PERAK (SILVER). Untuk pengetahuan, ianya baru saja dilancarkan pada 9 Julai 2012.

Kelayakan :
1. Individu berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Akaun Bersama - maksimum 4 orang.
3. Pembelian minimum pertama : 20 gram. (lebih kurang RM 2.87/g x 20g = RM 57.40)
4. Pembelian/penjualan minimum seterusnya : 10 gram dalam gandaan 1 gram.
5. Baki minimum akaun : 5 gram.

Spread (Perbezaan) harga Jual (Sell) dan Harga Beli (Buying) pun taklah begitu besar, antara RM 0.26. anda boleh lihat harga perak maybank live di sini (link): click here


source: http://naszgoldtrading.blogspot.com
            http://www.bluedianthus.com

Dinar Emas Skudai

Thursday, August 2, 2012

Akaun Emas ?

Telah pun diberitahu di dalam post sebelum ini, di Malaysia, terdapat 2 cara untuk kita menyimpan dan melabur emas. Iaitu samada dalam bentuk pelaburan emas fizikal atau dengan membuat pelaburan emas melalui membuka akaun simpanan emas.Di bawah adalah beberapa bank yg membolehkan anda membuka akau emas.
  • CIMB Bank – Gold Deposit Account (GDA)
  • Kuwait Finance House (KFH) – Gold Account – i (GAi)
  • Maybank – Maybank Gold Investment Account (MGIA)
  • Public Bank – Gold Investment Account (GIA)
  • United Overseas Bank (UOB) – Gold Savings Account (GSA)
Dibawah adalah senarai bank yg menawarkan akaun emas secara detail.


 source: http://1-million-dollar-blog.com


Harga emas terkini dari bank diatas (link):

CIMB : click here
Maybank : click here
public bank : click here
UOB : click here


Dinar Emas Skudai

Emas Dinar Vs Emas Bar ?

Ramai di antara rakan-rakan hamba yang mahu berjinak-jinak dalam pelaburan emas bertanyakan soalan ini kepada hamba, “Pokjak, mana lebih baik, Bar atau Dinar ?” Senang saja jawapannya. Bergantung pada minat anda. Dua-dua baik,Bar pun baik,Dinar pun baik. ada bezanya. Di sini, hamba terangkan perbezaannya. Terus terang hamba katakan, hamba sendiri pun lebih sukakan membeli dan melabur dalam Dinar, kerana bentuknya yang comel dan cantik serta senang untuk dijual kepada sesiapa kerana harganya yang mampu dimiliki oleh semua lapisan umur. Memandangkan market dan prospek hamba adalah dalam kalangan anak-anak muda, atau dengan kata mudah, penuntut universiti, hamba berasa amat mudah untuk melabur dan berjual beli Dinar Emas berbanding Emas Jongkong (Gold Bar).



sama la macam saya. Dinar Emas Skudai.

Tuesday, July 31, 2012

Emas Vs ASB ?

 Pada tahun 2009, jikalau anda mempunyai wang ringgit sebanyak RM 100,000 dan menyimpan di dalam ASB. Katakan dividen ASB anda adalah 8 %.
  • Tahun 2009 – RM100,000
  • Tahun 2010 – RM108,000
  • Tahun 2011 – RM116,640
  • Tahun 2012 – RM125,971
So, dari analisis ini, anda medapat keuntungan sebanyak RM 25,971. Kita bandingkan pula kalau kita menyimpan wang ringgit RM 100,000 kita dalam bentuk Emas atau Dinar.
  • Tahun 2009 – RM100,000
  • Tahun 2010 – RM122,100
  • Tahun 2011 – RM144,300
  • Tahun 2012 – RM166,500
Hebat bukan? Kita boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari menyimpan di ASB. Sebanyak RM 66,500 keuntungan kita dapat dari menyimpan Emas atau Dinar.

Untuk informasi anda.

Harga 1 Dinar
  • Tahun 2009 – RM450
  • Tahun 2010  - RM550
  • Tahun 2011 – RM650
  • Tahun 2012 – RM750
Kita lihat betapa hebat kuasa emas sebagai pelindung nilai.

Kegunaan Dinar dan Dirham

Di antara kegunaan Dinar Emas ialah :

1) Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan. Harga emas dan perak semakin meningkat dari semasa ke semasa. anda boleh lihat di graph dan history emas dan perak di www.kitco.com

2) Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin dan juga Hantaran Kahwin.

3) Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata mahupun duit Hari Raya.

4) Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.


Dinar Emas Skudai

Monday, July 30, 2012

10 Kesilapan Dalam Pelaburan Emas

Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.
Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.
Kesilapan #3: Membeli barang kemas. Barang kemas PERHIASAN biasa bukanlah emas pelaburan. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. (2) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series Public Gold dan Sri Ayu.
Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.
Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% - 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.
Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.
Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai 'used gold' di kedai emas.
Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah. Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan daripada harga semasa.
 
 

Dinar dan Dirham Emas Skudai

Saturday, July 28, 2012

Dinar dan Dirham Jadi Duit Raya ?

emm..insyaallah tahun ni saya cuba nak tukarkan duit raya anak dlm bentuk 1 dinar (rm590-harga semasa hari ini 11/09/2010). Anak 2 org..so jadi 2 dinarlah...kita tgk dlm setahun mcm mana ekk..maybe saya juga nak hadiahkan duit setara dengan nilai dinar tersebut kpd 2 org anak saya ni dlm bentuk duit fiat (wang kertas) utk dimasukkan dlm tabungan mereka.

Cukup setahun, kita bandingkan ok..Saya akan masukkan dlm tabung haji sebab tabung haji bg dividen tertinggi dlm 8%. Tapi emas dalam 26% setahun...kita sama2 tgk...saya jangkakan bila cukup setahun, fiat money dlm TH akan bertambah sbyk rm47.20 (setahun) drp nilai asal rm590.00 = rm637.20. Kita tgk emas mcm mana pulak..now saya hanya boleh predict 26% je dulu utk kenaikan harga emas tahunan. Ia bertambah sebanyak rm153.40 drp nilai asal rm590.00 = rm743.40 utk 1 dinar emas. Kalau umur anak  saya sekarang adalah 4 thn dan 2 tahun...mcm mana kalau dah umur 20 tahun nanti? Bayangkan....


source: http://tokey-emas999.blogspot.com

Dari kita bagi anak atau anak sedara kita duit sebagai duit raya, apakata kita tukar duit tu jadi Dirham. Tak mampu bagi 1 Dinar, bagi 1 Dirham Kelantan KGT = RM25.00, nak murah lagi, 1 Dirham Muslim = Rm20.00. Kita ajar anak kita pentingnya Emas dan Perak pada masa hadapan.

Emas Vs Matawang/duit ?

(1) - Pada tahun 2000, RM1.00 mampu membeli sebanyak 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012, RM1.00 hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja.
(2) – Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, hanya RM0.40 sahaja diperlukan. Tetapi untuk tahun 2012, harganya sudah menjadi RM1.00.
(3) – Maka, nilai RM1.00 pada tahun 2012 hanya bersamaan dengan RM0.40 sahaja pada tahun 2000. 
(7) - Setelah persamaan tahun 2000 dan tahun 2012 digandakan. Didapati, pada tahun 2012, nilai RM1,000,000.00 hanya bersamaan dengan RM 400,000.00 sahaja pada tahun 2000. 
(8) - Sekiranya pada tahun 2000, kita melabur sebanyak RM 400,000.00 di dalam ASB dengan dividen maximum sebanyak 9% setahun, kita akan mendapat sekitar RM1,000,000.00 pada tahun 2012. Jika berdasarkan ‘angka’ kita nampak seakan untung, tetapi jika  berdasarkan ‘nilai’, ia adalah sama sahaja (kerana nilai RM1,000,000.00 pada tahun 2012 adalah sama dengan RM400,000.00 sahaja pada tahun 2000).
(9) – Berbicara tentang pelaburan ‘Real Estate’. Sekiranya kita membeli rumah yang berharga RM400,000.00 pada tahun 2000, adakah rumah itu sudah berharga RM1,000,000.00 pada tahun 2012? Mungkin ya atau tidak. Dan kebanyakkan dari kita membeli rumah secara pinjaman dan bukannya tunai. Sekiranya membuat pinjaman RM400,000.00 untuk membeli rumah, kita sebenarnya membayar hampir RM700,000.00. Maka, untungkah pelaburan ‘Real Estate’? 
(10) – Emas selalu membuktikan kebenaran. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM30.00. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencecah RM180.00. Kenaikkan sebanyak enam kali ganda. Dan sekiranya kita menggunakan RM 400,000.00 pada tahun 2000 untuk membeli emas,  harga emas tersebut sudah mencapai RM 2,500,000.00! Ini adalah satu kebenaran.
 
 

Monday, July 23, 2012

Emas Fizikal Vs Akaun Emas ?

Di Malaysia, terdapat 2 cara untuk kita menyimpan dan melabur emas. Iaitu samada dalam bentuk pelaburan emas fizikal atau dengan membuat pelaburan emas melalui membuka akaun simpanan emas. Kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Emas fizikal termasuklah jongkong emas (gold bar), syiling emas (dinar) dan emas hiasan (barang kemas). Antara 3 pilihan yang ada, pelaburan emas dalam bentuk jongkong emas (gold bar) dan syiling emas (dinar) merupakan yang terbaik jika dibandingkan pelaburan emas dalam bentuk emas hiasan (barang kemas). Ini kerana, jongkong emas dan syiling emas mempunyai bentuk dan berat yang standard, oleh itu, sebarang jualan dan pembelian emas akan lebih mudah. Selain itu, emas hiasan juga mempunyai harga yang tinggi kerana kos upah membentuk emas tersebut serta nilai susut emas hiasan adalah tinggi, iaitu kira-kira 25-40%. Oleh sebab itulah pelaburan dalam bentuk jongkong emas (gold bar) dan syiling emas (dinar) adalah yang terbaik, dimana anda dapat memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas. Sebaliknya, pelaburan emas hiasan menjadi pilihan terbaik apabila kita laburkan untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang.

Emas fizikal juga mempunyai beberapa kelebihan yang lain seperti:

1.Mudah dibawa.
2.Mudah ditunaikan.
3.Nilai ‘spread’ (perbezaan harga jualan dan belian) yang rendah.
4.Boleh digadaikan.

Pelaburan emas dalam bentuk akaun simpanan emas juga merupakan salah satu cara untuk menyimpan emas. Bank seperti Public Bank, Maybank dan UOB Bank ada menyediakan perkhidmatan ini. Pelaburan emas dalam bentuk ini mudah kerana pembeli emas tidak perlu memeningkan kepala dimanakah kita perlu menyimpan emas-emas yang telah dibeli. Inilah antara kelebihan membuat pelaburan emas dalam bentuk akaun simpanan emas. Tetapi, kekurangan cara pelaburan ini ialah, pembeli tidak dapat menggunakan teknik-teknik khusus memanipulasi emas bagi memaksimumkan jumlah keuntungan.