Monday, July 23, 2012

Emas Fizikal Vs Akaun Emas ?

Di Malaysia, terdapat 2 cara untuk kita menyimpan dan melabur emas. Iaitu samada dalam bentuk pelaburan emas fizikal atau dengan membuat pelaburan emas melalui membuka akaun simpanan emas. Kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Emas fizikal termasuklah jongkong emas (gold bar), syiling emas (dinar) dan emas hiasan (barang kemas). Antara 3 pilihan yang ada, pelaburan emas dalam bentuk jongkong emas (gold bar) dan syiling emas (dinar) merupakan yang terbaik jika dibandingkan pelaburan emas dalam bentuk emas hiasan (barang kemas). Ini kerana, jongkong emas dan syiling emas mempunyai bentuk dan berat yang standard, oleh itu, sebarang jualan dan pembelian emas akan lebih mudah. Selain itu, emas hiasan juga mempunyai harga yang tinggi kerana kos upah membentuk emas tersebut serta nilai susut emas hiasan adalah tinggi, iaitu kira-kira 25-40%. Oleh sebab itulah pelaburan dalam bentuk jongkong emas (gold bar) dan syiling emas (dinar) adalah yang terbaik, dimana anda dapat memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas. Sebaliknya, pelaburan emas hiasan menjadi pilihan terbaik apabila kita laburkan untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang.

Emas fizikal juga mempunyai beberapa kelebihan yang lain seperti:

1.Mudah dibawa.
2.Mudah ditunaikan.
3.Nilai ‘spread’ (perbezaan harga jualan dan belian) yang rendah.
4.Boleh digadaikan.

Pelaburan emas dalam bentuk akaun simpanan emas juga merupakan salah satu cara untuk menyimpan emas. Bank seperti Public Bank, Maybank dan UOB Bank ada menyediakan perkhidmatan ini. Pelaburan emas dalam bentuk ini mudah kerana pembeli emas tidak perlu memeningkan kepala dimanakah kita perlu menyimpan emas-emas yang telah dibeli. Inilah antara kelebihan membuat pelaburan emas dalam bentuk akaun simpanan emas. Tetapi, kekurangan cara pelaburan ini ialah, pembeli tidak dapat menggunakan teknik-teknik khusus memanipulasi emas bagi memaksimumkan jumlah keuntungan.


No comments:

Post a Comment