Tuesday, August 7, 2012

Turun Naik Harga Emas ?

Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia, antaranya ialah:

1. Harga Pasaran Dollar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia.
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar di dunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi. Sementara India pula merupakan pembeli emas terbesar di dunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin pesat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan Bank-bank Pusat di setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong.
Hampir semua pengeluar emas utama di dunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar di dunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas di dalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari hari ke hari.

Semua di atas antara lima faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Pelaburan emas adalah simpanan, dengan anda membeli emas, bermaksud anda membeli untuk menyimpan bagi satu tempoh masa dan jual apabila harga emas naik. 



Dinar Emas Skudai

No comments:

Post a Comment