Friday, August 10, 2012

Bar Emas Vs Dinar Emas Vs Barang Kemas ?

Sejak semakin ramai yang celik emas,semakin ramai orang yang mula menyimpan emas secara konsisten. Maka saya jugak menerima banyak juga soalan-soalan tentang emas ini. Antaranya saya dapati, ramai yang tak tahu membuat pilihan. Nak simpan apa?

Gold bar kah? Dinar kah? barang kemaskah.. Yang mana satu..

Maka soal saya kembali. Tujuannya apa?
Kalau simpanan emas itu untuk menggantikan simpanan wang kertas, ini dikira sebagai simpanan jangka masa panjang, maka gold bar lah yang paling sesuai. Jika bajet kecil, boleh mulakan dengan dinar emas. Gold bar adalah emas 999 dan 999.9 di mana ketulenannnya adalah 24k atau dipanggil emas sepuluh.

Dinar yang ada di pasaran boleh dijadikan sebagai simpanan dan juga pelaburan. Kebanyakan Dinar emas adalah 916.

Barang Kemas? Barang kemas bukanlah simpanan emas yang terbaik,kerana  mengalami susut nilai yang tinggi.Kecuali anda menyimpan/memakainya lebih lama. Untuk mengelakkan anda rugi, elakkan:

1.Trade in
2.Jual barang kemas kerana ia akan dibeli dengan harga emas terpakai

Juallah bila hanya terdesak, dan simpanlah walaupun barang kemas tersebut telah rosak kerana ia tetap emas dan boleh diwariskan kepada anak-anak anda. Sebagai contoh, 2 gelang tangang yang saya belikan untuk anak perempuan saya telah bengkok,saya tetap menyimpannya untuk diberikan kepada beliau bila dewasa nanti.Sebaliknya saya berhajat untuk belikan yang baru untuknya. Dengan cara ini,simpanan emas bertambah. Pilihan lain untuk yang ingin bergaya sambil menyimpan emas,adalah produk i -series di mana spreadnya hanyalah 10% sahaja.



Dinar Emas Skudai 

No comments:

Post a Comment