Wednesday, August 8, 2012

Emas 916 Vs Emas 999.9 ?


Kadang-kadang ada yang bertanya, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli?  Ketahuilah emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam-macam lagi. Emas terbaik jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.

Apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan? Ada banyak pendapat mengatakan goldbar, dinar dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pelbagai pendapat kami kumpulkan untuk penelitian pembaca tetapi ramai yang memilih antara emas 999.9 dan juga emas 916, ini kerana:


Emas 916
  1. Sesuai untuk pelaburan dan juga perhiasan dengan kepelbagaian rekabentuk yang       menarik.
  2. Upah yang berpatutan dikenakan bagi setiap barangan mengikut rekabentuk.
  3. Mudah dijual semula.
  4. Mudah dipajak di mana-mana pajak gadai atau al Rahnu. Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu.
  5. Memerlukan modal yang sedikit rendah dan berbaloi.
  6. Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan.
  7. Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat berbanding emas perhiasan 'padat'.
  8. Zakat perlu dibayar apabila cukup haul.

Emas 999.9
  1. Sesuai untuk pelaburan dan juga perhiasan (emas jongkong untuk pelaburan semata-mata) dengan kepelbagaian rekebantuk yang terhad.
  2. Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat.
  3. Mudah dijual semula.
  4. Mudah dipajak gadai di mana-mana bank dan pusat gadaian.Menerima pajakan emas pelaburan (kecuali Gold Bar sahaja).
  5. Memerlukan modal yang agak tinggi tetapi berbaloi.
  6. Cantik dan dibawa ke mana-mana dan sesuai digayakan sebagai perhiasan kecuali emas jongkong.
  7. Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat.
  8. Zakat perlu dibayar apabila cukup haul.



 Dinar Emas Skudai


No comments:

Post a Comment