Monday, August 6, 2012

Dirham Kelantan Sebagai Pelaburan ?

PERAK SEBAGAI ALTERNATIF PELABURAN. Saya melabur perak dalam bentuk Dirham Kelantan. Ada beberapa pertimbangan yang menyebabkan saya berpandangan seperti itu. Di antaranya ialah:
  • Dirham Kelantan adalah dibuat oleh WIM (World Islamic Mint) di Dubai dengan menggunakan standard yang ditentukan oleh Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A. dan memiliki kualiti yang sangat baik serta reka bentuk yang sangat cantik.
  • Dirham Kelantan dijual dengan harga yang murah dan mampu milik. Harga dirham pada hari ini hanya RM 25. Tentu Anda sekarang memiliki RM 25 yang boleh ditukar dengan dirham. Bahkan beberapa orang pelajar tingkatan 1 di tempat saya berkhidmat sudahpun menukar sebahagian simpanan wang fiat mereka dengan dirham. Saya sendiri mula membeli Dirham Kelantan sebanyak 5 x 2 dirham. Ketika itu harganya masih RM 20/dirham.
  • Sangat liquid (mudah digunakan) berbanding dirham lain mahupun jenis produk perak yang lain. Kita boleh menjualnya dengan mudah (mungkin sebab harganya yang murah) dan juga boleh terus menggunakannya untuk tujuan muamalat. Pengalaman saya pada hujung minggu lepas (2/4), saya telah membeli sebanyak 235 dirham. Pada hari ini (7/4), simpanan dirham saya tinggal sedikit. Sebahagian besar dirham tersebut telah dibeli oleh ahli keluarga, kawan-kawan dan pelajar-pelajar saya. Sebahagian lainnya saya gunakan untuk tujuan muamalat. Semalam (6/4) saya baru sahaja menempah 200 dirham lagi. :)
  • Tiada spread (perbezaan antara harga beli dan jual kembali). Kelebihannya, kita boleh menjualnya dengan mudah mengikut harga WIM yang dikemaskini setiap hari sekali.
  • Kenaikan harga yang cepat mengikut harga pasaran perak dunia. Mari kita fikirkan bersama. Ketika mula-mula dilancarkan pada bulan Ramadhan 1431 H bersamaan bulan Ogos 2010, harga Dirham Kelantan adalah RM 13. Sekarang, harganya adalah RM 25. Jika melabur wang fiat dalam bentuk atau tempat yang lain, perlu waktu bertahun-tahun untuk mendapatkan keuntungan sebanyak 100%.
Walau bagaimanapun Dirham Kelantan bukanlah pelaburan perak yang terbaik. Jadi saya peribadi berpandangan kalau ada wang kurang dari RM 1k, Dirham Kelantan boleh menjadi pilihan alternatif. Tapi kalau ada wang lebih dari RM 1k, belilah jongkong perak. Saya sendiri memilih jongkong perak Public Gold 250 gram. Dan kalau ada wang lebih dari RM 4k, belilah jongkong perak Pamp Suisse 1kg.
 
 


Dinar Emas Skudai
 
 
 

No comments:

Post a Comment