Sejak semakin ramai yang celik
emas,semakin ramai orang yang mula menyimpan emas secara konsisten. Maka
saya jugak menerima banyak juga soalan-soalan tentang emas ini. Antaranya
saya dapati, ramai yang tak tahu membuat pilihan. Nak simpan apa?
Gold bar kah? Dinar kah? barang kemaskah.. Yang mana satu..
Maka soal saya kembali. Tujuannya apa?
Kalau simpanan emas itu untuk
menggantikan simpanan wang kertas, ini dikira sebagai simpanan jangka
masa panjang, maka gold bar lah yang paling sesuai. Jika bajet kecil, boleh
mulakan dengan dinar emas. Gold bar adalah emas 999 dan 999.9 di mana
ketulenannnya adalah 24k atau dipanggil emas sepuluh.
Dinar yang ada di pasaran boleh dijadikan sebagai simpanan dan juga pelaburan. Kebanyakan Dinar emas adalah 916.
Barang Kemas? Barang kemas bukanlah simpanan emas
yang terbaik,kerana mengalami susut nilai yang tinggi.Kecuali anda
menyimpan/memakainya lebih lama. Untuk mengelakkan anda rugi, elakkan:
1.Trade in
2.Jual barang kemas kerana ia akan dibeli dengan harga emas terpakai
Juallah bila hanya terdesak, dan
simpanlah walaupun barang kemas tersebut telah rosak kerana ia tetap
emas dan boleh diwariskan kepada anak-anak anda. Sebagai contoh, 2 gelang
tangang yang saya belikan untuk anak perempuan saya telah bengkok,saya
tetap menyimpannya untuk diberikan kepada beliau bila dewasa
nanti.Sebaliknya saya berhajat untuk belikan yang baru untuknya. Dengan
cara ini,simpanan emas bertambah. Pilihan lain untuk yang ingin bergaya
sambil menyimpan emas,adalah produk i -series di mana spreadnya hanyalah
10% sahaja.
source: http://jutawangold.com
Dinar Emas Skudai
No comments:
Post a Comment