Untuk elakkan sahabat semua kena tipu
masa membeli emas, saya bagi 5 tips penting:
Tips #1 - Semak Kredibiliti Penjual
Semak profile penjual, cek berapa ramai
friend, aktif ataupun tak dalam facebook, guna nama & foto sebenar ataupun
samaran. Kalau tiba-tiba muncul dalam facebook dan nak menjual, itu kena
hati-hati. Kalau anda tak aktif berfacebook, sure anda tak akan kenal siapa
orang baru, siapa orang lama dalam facebook. So, baik jangan berurusniaga
melalui facebook kalau macam tu.
Tips #2 - Urusniaga Cara COD Sahaja
Elakkan membeli secara pos kalau tak
kenal kredibiliti penjual. Sebaik-baiknya, gunakan kaedah Cash on Delivery
(COD). Dia hulur emas, anda hulur duit! Saya memang tak berani beli emas cara
pos ni unless saya betul-betul kenal penjual tu secara peribadi. Kalau nak
cara pos juga, anda kena bersedia untuk rugi kalau penjual tu tak pos emas yang
dijanjikan.
Mungkin penjual tu tak tipu, tapi mana
tahu lepas anda bank-in duit, penjual tu terlibat dalam kemalangan dan tak
siapa tahu anda ada berurusniaga dengan dia. Sebagai dealer yang sedikit
berpengalaman, bila customer transfer duit ke akaun saya, saya akan asingkan
emas tu dan letak note dalam plastik seal emas tu. Saya akan tulis nama
pembeli, no. contact pembeli, dah bayar ke belum, tarikh urusniaga dsb. Setiap
urusniaga melalui email, saya akan "bcc" kepada email isteri saya.
Ini penting supaya kalau saya mati, waris saya tahu emas tu bukan milik saya
dan dia boleh contact pemilik untuk claim emas tu.
Tips #3 - Berjumpa Di Tempat Public
Buat appointment di mana-mana tempat
public dan jangan sesekali buat appointment di tempat yang tak ramai orang
ataupun tersorok. Saya paling suka berjumpa di bank sebab (1) ada CCTV, dan (2)
boleh transfer duit melalui ATM jer, minimumkan bawa duit cash.
Tips #4 - Cek Keadaan Emas
Pastikan tiada kesan calar, kemek,
bengkok, ada sijil atau resit (kalau emas tu perlukan resit & sijil). Kalau
emas Lady Fortuna, KFH, dan emas lain yang condition asalnya berseal, pastikan
sealnya masih belum dibuka. Kalau dah buka, lupakan emas tu sebab susut
nilainya akan tinggi, melainkan dia bagi diskaun 25%!
Nasihat saya, kalau anda first time beli
emas, baik jangan beli melalui facebook sebab anda tak pernah tengok macam mana
keadaan, bentuk dan saiz emas yang tulen. Silap hari bulan, orang bagi emas
palsu pun anda tak tahu! (“,)
Tips #5 - Semak Harga Semasa
Pastikan harga tu bebaloi dibeli
berbanding harga semasa, tapi kalau harga terlalu rendah, hati-hati! Mungkin
itu penipuan, ataupun condition emas tu dah tak elok. Saya pernah nak beli emas
harga yang sangat murah, tapi bila berjumpa dengan owner tu, saya tengok
condition emas tu tak elok. Dah calar, ada kesan gigit, dan berat pun dah
kurang 0.03 gram! So, saya cancel jer. Nasib baik saya guna cara COD, kalau
bayar dulu baru dia POS macam mana? Huh hu…
Dinar Emas Skudai