(2) – Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, hanya RM0.40 sahaja
diperlukan. Tetapi untuk tahun 2012, harganya sudah menjadi RM1.00.
(3) – Maka, nilai RM1.00 pada tahun 2012 hanya bersamaan dengan RM0.40 sahaja pada tahun 2000.
(7) - Setelah persamaan tahun 2000 dan tahun 2012 digandakan. Didapati,
pada tahun 2012, nilai RM1,000,000.00 hanya bersamaan dengan RM
400,000.00 sahaja pada tahun 2000.
(8) - Sekiranya pada tahun 2000, kita melabur sebanyak RM 400,000.00 di
dalam ASB dengan dividen maximum sebanyak 9% setahun, kita akan mendapat
sekitar RM1,000,000.00 pada tahun 2012. Jika berdasarkan ‘angka’ kita
nampak seakan untung, tetapi jika berdasarkan ‘nilai’, ia adalah sama
sahaja (kerana nilai RM1,000,000.00 pada tahun 2012 adalah sama dengan
RM400,000.00 sahaja pada tahun 2000).
(9) – Berbicara tentang pelaburan ‘Real Estate’. Sekiranya kita membeli
rumah yang berharga RM400,000.00 pada tahun 2000, adakah rumah itu sudah
berharga RM1,000,000.00 pada tahun 2012? Mungkin ya atau tidak. Dan
kebanyakkan dari kita membeli rumah secara pinjaman dan bukannya tunai.
Sekiranya membuat pinjaman RM400,000.00 untuk membeli rumah, kita
sebenarnya membayar hampir RM700,000.00. Maka, untungkah pelaburan ‘Real
Estate’?
(10) – Emas selalu membuktikan kebenaran. Pada tahun 2000, 1 gram emas
hanya berharga sekitar RM30.00. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas
sudah mencecah RM180.00. Kenaikkan sebanyak enam kali ganda. Dan
sekiranya kita menggunakan RM 400,000.00 pada tahun 2000 untuk membeli
emas, harga emas tersebut sudah mencapai RM 2,500,000.00! Ini adalah
satu kebenaran.
source: http://carlsamsudin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment