Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu.
Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam
mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada
kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang
pelaburan emas.
Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama.
Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian
pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik
ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor
harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling
pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.
Kesilapan #3: Membeli barang kemas.
Barang kemas PERHIASAN biasa bukanlah emas pelaburan. (1) Harga emas
perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan (2) kos upahnya boleh
dimanipulasi oleh kedai emas. (2) Spread atau susut nilainya juga tinggi
bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang
dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series Public Gold dan Sri Ayu.
Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.
Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.
Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum
setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin
rugi atas spread antara 4% - 10% kalau harga emas tak naik banyak.
Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit
yang memang tak pakai at least setahun.
Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas.
Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan,
bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan
dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik
berniaga, bukan melabur.
Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain.
Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar
spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya,
kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar
Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi
dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul.
Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu
hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2)
Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos
pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk
memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat
pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank.
Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik
kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak
boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima,
kita akan rugi 25% kalau jual sebagai 'used gold' di kedai emas.
Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah.
Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila
masa, tapi tempat terbaik menjual emas anda ialah di mana anda
membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread
(susut nilai) yang dikenakan daripada harga semasa.
Dinar dan Dirham Emas Skudai