Tuesday, September 4, 2012
Monday, September 3, 2012
Risiko Pelaburan Emas Fizikal ?
Risiko Syarikat Pengeluar Lingkup?
Jawapan paling mudah yang saya rasa semua orang boleh jawab iaitu apakah
risiko pembeli barang kemas kalau pekedai emas tutup kedai? Pastinya
TAK ADA RISIKO sebab emas tu ada ditangan kita.
‘Invest’ dalam emas fizikal ni kita tak perlu risau. Macam beli barang kemas di kedai emas jer.
Kita tak perlu risau samada kedai pengeluar tu lingkup ataupun maju
sebab yang paling penting, kita pegang emas FIZIKAL. Emas ada ditangan
kita. Nilai kekayaan kita bukan lagi terletak pada kedai tu, tapi
terletak pada nilai berat dan ketulenan emas itu sendiri. Cuma kalau
kedai tu masih wujud dan kukuh, kita akan dapat LEBIH MANFAAT. Mungkin
boleh jual balik atau trade in emas tu dengan harga yang lebih tinggi
berbanding trade-in di kedai lain.
Lebih Untung Jual Pada Pengeluar
Keduanya, emas ni senang dijual. Kalau syarikat pengeluar lingkup sekalipun, kita boleh jual kat KEDAI EMAS jer, pada bila-bila masa, di mana sahaja seluruh dunia.
Cuma, tempat terbaik menjual balik emas ialah tempat di mana kita beli.
Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold sebab kita
boleh dapat harga yang lebih baik berbanding jual kat tempat lain. Kalau
jual pada Public Gold, dia akan susutnya lebih kurang 4% - 8%. Kalau
jual emas Public Gold kat kedai emas, susut nilainya 25%.
Kalau beli barang kemas pun macam tu. Kalau beli emas Habib Jewel, kena
jual di Habib Jewel sebab susut nilainya mungkin sekitar 15%. Kalau jual
emas Habib Jewal pada Poh Kong, susut nilainya mungkin 25%. Tapi yang
penting, emas tetap bernilai. Kalau simpan untuk jangka panjang, kita
tak akan rugi sebab kenaikan harga lebih 20% setahun tu dah boleh lepas
‘kos’ susut nilai yang dikenakan oleh pekedai emas.
Risiko Syarikat Tak Mampu Beli Balik?
Soalan bonus, kalau SEMUA PELANGGAN nak jual balik emas kepada Public
Gold, mampu ke Public Gold atau syarikat pengeluar lain beli balik
kesemua emas tu?
Secara realitinya, kalau pelanggan nak jual balik emas, dealer yang akan ‘berebut-rebut’ beli dulu!
Saya yakin mesti dealer berebut-rebut beli kalau ada pelanggan nak jual
balik emas sebab mereka dapat beli pada harga diskaun 4% - 8% dan jual
balik pada customer mengikut market price 100%! Setakat ni, bila ada
customer saya nak jual emas, memang tak sempat sampai ke Public Gold,
saya akan beli dulu... (“,)
Kalau tak ada duit sekalipun, saya akan tetap beli dengan cara memajak
emas sedia ada untuk dapatkan tunai untuk beli pada harga diskaun dari
customer. Dalam worst case senario, saya akan memanfaatkan network
antara dealer untuk beli balik emas tersebut.
So, bagi saya situasi dimana SEMUA PELANGGAN jual balik emas tu samalah
dengan situasi bank di mana semua penyimpan keluarkan semua duit tunai
dari bank dan tak berbaki walaupun satu sen di bank. Ianya sangat
MUSTAHIL.
source: http://www.mohdzulkifli.com
dinar emas skudai
Subscribe to:
Posts (Atom)